Tuesday 3 April 2018

tanggungjawab ibu bapa kepada anak angkat

                                                



TANGGUNGJAWAB IBUBAPA KEPADA ANAK ANGKAT

Anak angkat merupakan anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri.proses pengambilan anak angkat dilakukan melalaui undang-undang untuk memastikan,anak angkat diberi layanan yang sama seperti anak sendiri,keadilan dapat diberi kepada anak angkat jika dianiaya,keperluan anak agkat itu terjamin

sebagai ibu bapa yang telah mengambil anak angkat mereka haruslah bertanggungjawab dan amanah dalam dalam medidik dan membesarkan anak tersebut sehingga mereka mampu berdikari serta pandai menyara diri.janganlah ibu bapa memilih kasih atau keliru dalam peranan masing-masing semasa membesarkan anak angkat kerana tanggungjawabnya sama seperti menjaga anak sendiri.


tanggugjawab yang diberikan kepada ibu bapa angkat terhadap anak yang diambil adalah:

1.memberi dan menjaga nafkah keperluan harian anak angkat
2.mendidik dan mengasuh mereka untuk menyara diri
3.Memberi layanan kasih sayang yang sama seperti anak sendiri
4.penurunan wasiat kepada anak angkat mengikut syarat tertentu

mengambil anak angkat juga dijadikan sebagai satu proses mekanisme untuk mengatasi masalah pembuangan bayi yang menjadi masalah negara disebabkan oleh pergaulan bebas antara remaja yang tidak tahu nilai kemanusiaan.kebanyakan anak luar nikah dan anak buangan tidak dapat merasa bimbingan dan kasih sayang dari ibu bapa mereka.oleh itu jalankan tanggugjawab kita dalam pengambilan dan penjagaan anak angkat kerana mereka benar memerlukannya

No comments:

Post a Comment