Tuesday 3 April 2018

tanggungjawab ibu bapa kepada anak angkat

                                                



TANGGUNGJAWAB IBUBAPA KEPADA ANAK ANGKAT

Anak angkat merupakan anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri.proses pengambilan anak angkat dilakukan melalaui undang-undang untuk memastikan,anak angkat diberi layanan yang sama seperti anak sendiri,keadilan dapat diberi kepada anak angkat jika dianiaya,keperluan anak agkat itu terjamin

sebagai ibu bapa yang telah mengambil anak angkat mereka haruslah bertanggungjawab dan amanah dalam dalam medidik dan membesarkan anak tersebut sehingga mereka mampu berdikari serta pandai menyara diri.janganlah ibu bapa memilih kasih atau keliru dalam peranan masing-masing semasa membesarkan anak angkat kerana tanggungjawabnya sama seperti menjaga anak sendiri.


tanggugjawab yang diberikan kepada ibu bapa angkat terhadap anak yang diambil adalah:

1.memberi dan menjaga nafkah keperluan harian anak angkat
2.mendidik dan mengasuh mereka untuk menyara diri
3.Memberi layanan kasih sayang yang sama seperti anak sendiri
4.penurunan wasiat kepada anak angkat mengikut syarat tertentu

mengambil anak angkat juga dijadikan sebagai satu proses mekanisme untuk mengatasi masalah pembuangan bayi yang menjadi masalah negara disebabkan oleh pergaulan bebas antara remaja yang tidak tahu nilai kemanusiaan.kebanyakan anak luar nikah dan anak buangan tidak dapat merasa bimbingan dan kasih sayang dari ibu bapa mereka.oleh itu jalankan tanggugjawab kita dalam pengambilan dan penjagaan anak angkat kerana mereka benar memerlukannya

kasih sayang kepada anak angkat



              KASIH SAYANG TERHADAP ANAK YATIM




Anak yatim adalah bermaksud kanak-kanak yang belum baligh atau cukup umur dan kehilangan atau kematian salah satu ibu atau bapanya.orang dewas tidak perlu dipanggil anak yatim kerana mereka sudah mapu menyara dan menjaga diri sendiri.

Pusat penjagaan anak yatim yang menanggung kesusahan dan kesenagan anak sendiri tidak patut bertindak sendiri,seharus pihak masyarakat juga harus tampil membantu dalam meringankan beban dan bukannnya menunggu pihak lain sahaja yang ingin membantu.
seharusnya pemikiran sebegini harus diubah kerana sikap ini boleh menggelapkan masa depan anak-anak ini.anak yatim harus dipelihara dan dididik agar mereka boleh belajar  menyara kehidupan mereka.                                                                                                          
sebab-sebab ibu bapa dan masyarakat perlu memberi perhatian dan bantuan kepada anak-anak yatim:

1.mereka tidak pernah mendapat kasih sayang dari ibu atau bapa mereka
2.tidak mendapat didikan dan nilai moral yang sempurna
3.mereka tidak diberi perhatian atau tumpuan kerana sering diabaikan
3.Tidak mempunyai hala tuju kerana kurang pendedahan
4.mereka memerlukan sokongan dan bantuan kelangsungan hidup

masyarakat kini harus membantu dalam meringankan beban dengan cara

1.memberi sumbangan kepada pusat penjagaan
2.melawat anak anak itu untuk menunjukkan bahawa mereka masih disayangi
3.memberi didikan dan asuhan kepada mereka
4.layanan kasih kepada mereka yang tidak dapat dari ibu bapa 

sesungguhnya bantuan dan sumbangan dari masyarakat kepada anak-anak terpilih ini akan mendatangkan hasil lalu memberi mereka masa depan yang cerah.diharap anak-anak ini dapat menyara diri mereka dan menjadi orang yang berguna untuk masyarakat demi membalas jasa mereka

kelebihan nikah gantung

                                                                                                
                
                       KELEBIHAN NIKAH GANTUNG 

Nikah gantung adalah bermaksud perkahwinan yang memenuhi semua syarat-syarat sah nikah tetapi belum hidup bersama seperti baru bertunang namun dianggap perkahwinan tanpa kenduri kawin.

Tujuan pernikahan ini dibuat:

1.membantu meringankan beban suami menanggung sara hidup isteri
2.melakukan ikatan yang sah pada pasangan yang berjauhan
3.tidak mampu memberi komitmen dan tanggungjawab rumahtangga
4.mengelakkan zina dan anak luar nikah
5.Menghalalkan kemwesraan bersama pasangan

Hukum melakukan nikah gantung adalah dibenarkan kerana syaratnya sama seperti pernikahan biasa tidak termasuk tanggungjawab yang diberikan selepas perkahwinan.selagi penikahan ini memenuhi syarat-syarat dan rukun nikah ini dipatuhi maka  ia dikira sah nikah.

kebaikan nikah gantung adalah:

1.dilanjutkan beberapa tahun sehingga pasangan bersedia memikul tanggungjawab
2.pasangan boleh membiasakan diri dengan kelonggaran yang diberikan
3.pasangan tidak akan didakwa oleh jabatan pencegahan maksiat
4.Syaitan tidak dapat menghasut pasangan yang sah bersetubuhan
5.pasangan yang bermesra tidak akan dipandang hina masyarakat

kesimpulannya nikah gantung adalah baik untuk pasangan melepaskan beberapa batasan disamping menahan nafsu masiang-masing sehingga mereka bersedia untuk ke peringkat yang seterusnya.nikah ini sesuai untuk pasangan belajar yang berjauhan atau pasangan yang menghadapi kesulitan dalam sara diri.namun diingatkan bahawa jika pasangan tersebut bersetubuh selepas nikah gantung masih dikira sah cuma syarat pernikahan itu dibatalkan dan di lanjutkan ke perkahwinan yang sah